Dondang
Sayang merupakan sejenis nyanyian atau balada cinta yang sering
digunakan oleh masyarakat dahulu kala untuk menyampaikan perasaan kasih
mereka. Dondang Sayang dinyanyikan dalam bentuk berbalas pantun yang di
sampaikan secara spontan oleh penyanyinya.
Mengikut
sejarah, Dondang Sayang muncul pada kurun ke15 Masihi semasa zaman
Kesultanan Melayu Melaka, iaitu semasa zaman pemerintahan Sultan Mansur
Shah, nyanyian ini digunakan untuk menghiburkan para pedagang yang
singgah di Melaka.
Kualiti
nyanyian bagi seni ini bergantung kepada kecekapan penyanyinya berjual
beli pantun. Ketua kumpulan ahli muzik bagi Dondang Sayang ini biasanya
disandang oleh pemain biola yang betugas untuk membekalkan melodi
kaunter dalam persembahan mereka.
Alat-alat
muzik yang digunakan untuk mengiringi nyanyian Dondang Sayang terdiri
daripada sebuah biola, sebuah gong dan 3 buah rebana yang mana terbahagi
kepada dua, iaitu rebana kompang atau rebana keras.
Pada
masa dahulu, persembahan Dondang Sayang merupakan pilihan utama
masyarakat untuk menceriakan lagi majlis-majlis perkahwinan yang di
adakan. Tetapi, pada zaman yang serba moden ini nyanyian Dondang Sayang
semakin pupus terutamanya dalam kalangan masyarakat muda.
Oleh
itu, pelbagai pihak harus bekerjasama dalam mengambil langkah efektif
untuk memastikan seni nyanyian Dondang Sayang tidak tenggelam ditelan
zaman.
oleh: ARZYANIE CHEE 204442
Tidak ada komentar:
Posting Komentar